Resepi Dan Cara Membuat Nasi Goreng Mudah Cepat



Nasi goreng adalah salah satu resepi yang mudah dan senang bagi kita untuk disediakan apabila lapar. Lebih-lebih lagi yang mana bujang mahupun yang malas sangat-sangat tu.

So hari mahu share sikit cara-cara nak masak nasi goreng tu. Mana tahu kan ada antara yang tak geti nak masak tu. Kene tengok rujukan kat sebelah baru boleh masak kan..hehee

Kalau nak berjaya dengan masakan korang tu follow lah step-step ni.. Dijamin sedap dan puas hati. Insyaallah..

Selamat mencuba.

Bahan-Bahannya: 



1 mangkuk nasi putih  sejuk


2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci



Sedikit kobis - di bersihkan dan dipotong nipis



2 biji telur



2 sudu makan cili kering kisar


1 sudu makan kicap lemak masin



Sedikit garam dan serbuk perasa


Bahan tumbuk:


2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar



2 sudu makan ikan bilis

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.


2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.


3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.


4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.


5. Masukkan kicap. Gaul rata.


6. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yg tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble. 


7. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.


8. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.


9. Tutup api dan hidangkan.



Selamat mencuba guys.

5 Cara Terbaik Buang Angin Dalam Badan Secara Semulajadi


Apabila kita merasakan angin dalam badan begitu banyak, akan terasa badan menjadi sangat lemah dan loya disebabkan angin yang tersimpan di dalam usus yang tersekat tidak berupaya keluar sehingga perut terasa kembung.

Gas berlebihan yang terdapat di dalam perut di mana gas senyap dalam penghadaman membuatkan perut anda kembung dan kita biasanya akan cuba untuk mengeluarkannya melalui angin atau sendawa.

Selain daripada perut kembung, angin dalam badan juga boleh menyebabkan penurunan semangat kerja kerana sebahagian badan mengalami kesakitan reumatik dan tidak bertenaga yang ditandakan dengan kenaikan suhu badan.

Berikut adalah beberapa petua bagaimana untuk membuang angin dalam badan.

1. Halia



Ini adalah petua buang angin dalam badan secara tradisional yang mudah kerana kini banyak halia digunakan dalam pelbagai jenis seperti minuman halia, halia merah yang terlarut dalam air suam, ada juga susu halia yang rasa lebih lazat jika dibandingkan dengan ubat-ubatan kimia.

Halia sememangnya berkesan untuk membuang angin dalam badan.

2. Bawang Putih





Selain daripada perasa pada masakan, bawang putih juga merupakan salah satu daripada petua buang angin dalam badan.

Kandungan bahan dalam bawang putih mampu mengusir angin dalam badan dengan cepat.
Jika bayi mengalami angin masuk atau kembung biasanya ibu bapa boleh menggosokkan bawang putih di sekitar bahagian badan anak.

3. Air rebusan daun betik



Meminum air rebusan daun betik juga mampu menghilangkan angin dalam badan.
Caranya dengan merebus 4 hingga 5 helai daun betik dengan 1 liter air dan minum air rebusan tadi dalam keadaan suam.

Walaupun rasanya sedikit pahit, inilah cara paling mujarab.

4. Vitamin C




Vitamin C sebenarnya membantu membuang angin dalam badan kerana Vitamin C boleh meningkatkan imuniti badan agar ketahanan badan akan bertambah dan badan menjadi lebih sihat.

Vitamin C sangat penting untuk kesihatan terutamanya dari segi keseimbangan dalam ketahanan badan.

5. Bekam




Cara berbekam adalah suatu perkata yang sangat biasa dilakukan untuk membuang angin dalam badan. Teknik bekam dilakukan dalam beberapa cara.

Salah satu cara adalah dengan alat khas yang menghisap udara supaya menarik bahagian kulit anda yang dipercayai untuk menarik angin dalam tubuh melalui liang-liang kulit badan.

Cara lain adalah menggunakan kaca untuk mengurangkan tekanan udara dalam kaca supaya bahagian kulit akan tertarik.

Untuk mengeluarkan darah dan angin, ia dilakukan dengan dua cara. Cara pertama ialah dengan menindik bahagian tubuh yang dibekam dengan jarum dan cara kedua hanya berbekam sahaja.

Menindik bahagian tubuh dengan jarum juga adalah sebagai akupuntur membantu memulih stamina dan boleh menghilangkan penyakit tertentu.


Semoga memberi manfaat.

4 Caranya Untuk Kita Bersyukur


Apa itu syukur? Syukur itu adalah ucapan, sikap atau perbuatan seorang hamba kepada Allah SWT diiringi dengan pengakuan secara ikhlas atas segala nikmat dan kurniaan yang diberikanNya sama ada ketika senang mahupun susah.

Selain itu, menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumuddin’, syukur itu dapat didefinisikan sebagai menjunjung tinggi nikmat, seterusnya mengagungkan Allah SWT. Syukur juga merupakan salah satu maqam (darjat) yang paling tinggi dari sabar dan khauf; iaitu takut kepada Allah SWT.

Membicarakan soal syukur kita kepada Allah SWT atas segala nikmatNya, terlintas di fikiran pula bagaimana caranya untuk kita menzahirkan kesyukuran tersebut? Secara umumnya, terdapat empat iaitu:

1. Bersyukur Dengan Hati

Iaitu dengan mengakui dan mempercayai bahawa segala nikmat yang kita perolehi ini sama ada kecil, besar, banyak atau sedikit adalah daripada Allah SWT bukan yang lain. Walaupun, secara mata kasarnya kita melihat bahawa segala kenikmatan yang kita perolehi itu kadang datangnya dari manusia. Namun, perlu disedari bahawasanya manusia itu hanyalah sebagai perantara sahaja. Firman Allah SWT;

“Dan, apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allahlah (datangnya) dan apabila kamu ditimpa oleh kemudaratan, maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.”(An-Nahl : 53)

 2. Bersyukur Dengan Lisan

Iaitu dengan mengucapkan secara jelas ungkapan syukur itu berupa hamdalah; puji-pujian kepada Allah SWT dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ yang bermaksud ‘Segala Pujian bagi Allah’.Semakin banyak dan kerap kita panjatkan kesyukuran, maka semakin banyaklah nikmat lain yang akan kita perolehi kelak. Hal ini sepertimana janji Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud;

“Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memberitahu, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.”(Ibrahim: 7)

 3. Bersyukur Dengan Amal Perbuatan


Iaitu dengan menggunakan nikmat tubuh badan seperti nikmat mata, telinga, lidah, tangan, perut, kemaluan dan kaki untuk hal-hal yang baik. Mata disyukuri dengan cara melihat setiap satu ciptaan Allah SWT serta merasai keagunganNya juga tidak melihat perkara-perkara yang diharamkan.
Telinga disyukuri dengan cara mendengar perkara yang baik-baik seperti bacaan Al-Quran mahupun tazkirah. Lidah pula disyukuri dengan cara memperbanyakkan zikrullah ataupun ucapan selawat ke atas Rasulullah SAW.Seterusnya, tangan disyukuri dengan cara menggunakannya untuk tujuan yang baik seperti membantu orang lain yang memerlukan. Nikmat perut disyukuri dengan cara memakan makanan yang halal dan tidak membazir.
Manakala nikmat seksual pula disyukuri dengan cara menggunakannya hanya pada yang halal sahaja iaitu antara suami dan isteri yang telah sah diijab kabulkan. Dan, kaki pula disyukuri dengan cara menggunakannya ke tempat yang baik seperti majlis ilmu atau masjid.

 4. Bersyukur Dengan Nikmat Pemberian

Iaitu dengan cara memanfaatkan segala nikmat yang dikurniakannya berupa harta benda, wang ringgit, masa mahupun ilmu, ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.
Harta yang banyak boleh diinfakkan untuk mereka yang memerlukan. Nikmat ilmu yang diperolehi pula boleh dikongsi dan diajarkan kepada orang lain. Manakala nikmat masa pula digunakan dengan cara yang sebaiknya dan tidak sia-sia.
Begitulah antara beberapa perkara yang boleh kita laksanakan dalam mensyukuri segala nikmat pemberian Allah SWT ini. Syukur itu bukan hanya dizahirkan melalui harta benda, bahkan melalui rukuk dan sujud kita kepada Allah juga sudah membuktikan syukur serta taat kita kepadaNya.

sumber : tazkirah.net

9 Ciri-Ciri Manusia Yang Belum Matang


Anda rasa diri anda sudah matang?
Kadang-kadang, manusia ni tengok muka dan usia memang dah matang dah, tapi bila tengok perangai dan sikap, memang fail. Perangai dah macam budak-budak dah. Memang tak boleh nak dinafikan ada yang macam ni. Ada betulnya. hehee.

Sebenarnya, ada tanda atau ciri yang kita boleh check yang menunjukkan seseorang itu sudah matang, terutama dalam kehidupan. Cara dia berhadapan masalah, cara dia bergaul dengan orang lain dan sebagainya.  Jom baca sampai habis.



9 ciri yang menunjukkan kematangan seseorang iaitu:


  1. Mereka berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

  1. Mereka boleh menerima orang lain seadanya. Memang tak dinafikan, setiap orang ada pendapat mereka masing-masing. Apa yang penting, cuba fahami makna perbezaan pendapat. So, raikanlah ia  dan payah nak taksub sangat.

  1. Mereka berani "melepaskan" kenangan lama yang  pahit. Malah, mereka jugak tak berdendam dan simpan dalam hati. Semuanya diikhlaskan dengan senang hati.

  1. Mereka berhenti mengharap dan meminta dari orang, tapi mula memberi. Bak kata pepatah, biarlah sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta-minta.

  1. Mereka melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

  1. Mereka berhenti menunjuk-nunjuk kepandaian dan  kehebatan yang mereka miliki. Tapi, sebaliknya mereka mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

  1. Mereka berhenti membuat perbandingan antara nasib mereka dgn nasib orang lain. Mereka sebaliknya membandingkan nasib diri mereka sebelum ini. Pendek kata, takde rasa iri hati, dengki dan sakit hati bila melihat kelebihan orang lain.

  1. Mereka boleh membezakan antara kehendak dan keperluan. So, mereka akan mengutamakan keperluan  dari kehendak.

  1. Mereka akan berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Dalam erti kata lain, mereka lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan" yang berisi air kopi tersebut. Berbeza kan?

Kesimpulannya, tanda yang paling penting yang menunjukkan kita dah mencapai 9 tahap sahsiah seperti yang dinyatakan ni adalah bila kita takde niat pun untuk mahu menunjuk-nunjuk, yang mana diri kitalah yang terbaik. Hati kitalah yang memandu fikiran supaya kita buat perkara baik.

Sumber Facebook: Aku Ummat Rasulullah Akhir Zaman.

Elakkan 5 Pekara Ini Jika nak cepat Kahwin!


Untuk menemui jodoh memang bukannya perkara mudah. Namun kita sebagai manusia sebaiknya harus berusaha menemukan jodoh.

Bukannya hanya menunggu dalam bilik kesepian sahaja dan juga hanya menunggu jodoh datang ke rumah. Tidak ada yang tidak mungkin di dunia ini, selagi kita mahu berusaha.

Disini aku nak share sikit beberapa hal yang harus dielakkan ketika ingin menemukan dan mencari jodoh dengan cepat.

1. Menginginkan Seseorang yang Sudah Dimiliki




Perasaan manusia tidak boleh dielakkan. Termasuk menyalahkan seseorang untuk berperasaan terhadap seseorang yang sudah berpunya dan berpasangan. Namun, alangkah baiknya jika kita tidak mempunyai perasaan sebegitu.

Selain akan merosak dan menganggu hubungan orang lain, hal ini akan menyebabkan kamu hanya bertepuk sebelah tangan sahaja dan hanya berharap dan bermimpi. Lebih baik segera jauhi perasaan tersebut banyak lagi yang single sebenarnya.


2. Takut dengan Hubungan Serius



Kurangnya keyakinan jika hubungan kamu tidak akan boleh dibawa ke jenjang yang lebih serius. Perasaan ini harus dibuang jauh-jauh ketika sedang menjalinkan hubungan. Ketakutan terhadap hubungan yang serius akan menjadi penghalang kamu untuk mendapatkan jodoh.

Semua orang ingin hubungan yang serius, jika kamu masih berpegang pendirian begitu maka bersiap sedialah hidup bersendirian selamanya.

3. Jangan Terlalu Cepat


Apabila menjalinkan hubungan yang lebih serius, pendekatan yang wajib dilakukan. Jangan terlalu cepat menyatakan keseriusanmu padanya. Si dia akan lebih cenderung ragu-ragu jika kamu terlalu mengatakan keseriusan hubungan ini.

Semuanya memerlukan proses dan waktu, oleh itu langkah yang sesuai adalah nikmatilah.

4. Ekspetasi Terlalu Tinggi

Ilustrasi (Brightside)

Jangan terlalu berharap atau mengharap terlalu tinggi jika ingin segera mendapatkan jodoh. Ekspetasi yang terlalu tinggi akan membuat kita susah mendapatkan seseorang yang serasi dengan diri kita.

Kamu akan sering dikecewakan karena ekspetasi yang sering kamu buat. Maka semesetinya hindari kebiasaan ini.

5. Trauma dengan Hubungan Sebelumnya



Disakiti dan dikecewakan oleh ex-ex kamu memang menjadi pengalaman hitam dalam hidup kamu. Namun tak semestinya kita tidak berhak mendapatkan yang lebih baik. Yang penting berusaha dan berdoa kan.



Semoga bermanfaat.

sumber : Brightside

11 Campuran Masker Semula Jadi Untuk Kulit Wajah



Kita pastinya mengimpikan kulit wajah yang cerah dan cantik sekata. Tidak kiralah sama ada golongan wanita, lelaki juga pada hari ini amat menitik beratkan penjagaan kulit wajah. Siapa yang tidak mahukan kulit wajah yang cantik dan hensem kan?

Hari ini saya nak berkongsi tentang cara mudah korang boleh buat musker campuran dengan menggunakan bahan-bahan di dapur.

Semua bahan campuran ini sangat mudah disediakan. Cuma memerlukan kerajinan dalam membina rutin penjagaan kulit yang teratur bagi memastikan usaha yang berterusan dan hasil yang diimpikan.

Mari kita lihat senarai bahan-bahan yang boleh dijadikan masker mudah di rumah untuk mendapatkan kulit yang cerah sekata dengan mudah.

1.    Campuran Timun Dengan Lemon

Lemon memiliki kandungan vitamin C yang tinggi dan baik untuk kesehatan kulit. Vitamin C mampu mengembalikan kesegaran kulit, memberikan kesan memutihkan, dan mengeluarkan kotoran-kotoran pada wajah, sebagai antioksidan, dan antibakteria.

Dengan nutrisi-nutrisi yang terkandung dalam Lemon dan bersama nutrisi dalam mentimun, maka akan memberikan kesan yang efektif sekali untuk kulit wajah Anda.

Cara membuat masker mentimun bersama Lemon, haluskan buah mentimun dengan pisau atau diblender, dan campurkan titisan sari Lemon. Campur kedua bahan tersebut sehingga sebati.

Kemudian, bersihkan wajah Anda terlebih dahulu. Oleskan bahan yang sudah di buat, ke wajah Anda secara merata.

Biarkan selama biarkan dalam beberapa minit ( 10-20 menit ) agar nutrisinya diserap oleh kulit, Setelah dirasa cukup, bilas wajah dengan air dingin. Lakukan dengan sering untuk hasil yang maksimal.

2.    Oat dan Lemon

1 sudu makan oat (dimasak dan dihancurkan) dicampur bersama 1 sudu jus lemon adalah masker yang dapat membantu mencerahkan wajah. Oat dapat mempercepatkan kesembuhan kulit, mengurangkan keradangan kulit serta membantu proses pengelupasan secara lembut dan semulajadi.

Paling utama, oat dapat menyerap lebihan minyak pada wajah dan membersihkan kulit dari kekotoran dan debu. Lemon pula sebagai bahan antioksida dan vitamin C yang kaya di dalam lemon membantu untuk mencerahkan tona wajah.

Gunakan masker ini sebelum mandi di waktu pagi. Biarkannya kering di wajah selama 20 minit sebelum membilas wajah. Diingatkan jika anda memiliki kulit yang sensitif, boleh mengurangkan kepekatan jus lemon terlebih dahulu (mencampurkannya dengan air) sebelum dicampur sebagai masker.

3.    Teh Hijau bersama Madu

Antioksida pada air teh hijau dapat membantu untuk menyingkirkan toksin dan radikal bebas daripada kulit. Tambahkan sedikit madu sebagai agen anti-bakteria yang mampu melembapkan kulit sekaligus menjadikan kulit lebih halus dan lembut.

Untuk menjadikannya masker, tambah 1 cawan air teh hijau (yang telah disejukkan) bersama 1/2 sudu madu dan 2 sudu tepung beras. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 20 minit atau sehingga kering sepenuhnya. Gosok muka secara putaran kecil untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati pada wajah sebelum dibilas dengan air sejuk.

Tepung beras akan bertindak seperti scrub yang halus pada kulit wajah. Lakukan pada waktu pagi sebelum mandi untuk mendapatkan tona kulit yang sekata.

4.    Kentang

Gunakan kentang dengan menyapunya pada wajah. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas wajah seperti biasa.

Lakukan dua kali sehari secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
Kentang adalah agen pemutihan kulit dari alam yang bertindak secara lembut pada kulit. Ini menjadi faktor kepada kulit yang cerah berseri secara semulajadi.

5.    Kulit Lemon dan susu

Keringkan kulit lemon dan kisar sehingga menjadi serbuk. Campurkan satu sudu serbuk ini bersama dengn beberapa sudu susu segar. Sapukan bahan ini pada wajah dan biarkan selama 20 minit.

Kemudian cuci dengan air suam dan terus sapukan penyegar wajah (toner). Vitamin C pada lemon dapat membantu melindungi kulit wajah dari kesan pencemaran dan cinaran UV yang merbahaya pada kulit bagi mendapatkan kulit yang cerah dan mulus.

6.    Kunyit, Susu dan Lemon

Campur bersama 1 sudu tepung gandum, 1 sudu serbuk kunyit, 1 sudu jus lemon dan 1 sudu susu. Sapukan pada wajah dan gosok selama 5 minit. Biarkan di wajah dalam 20 minit kemudian bilas bersih kulit wajah.

Kunyit dapat melembutkan kulit wajah dan sifat anti-bakterianya dapat membersihkan wajah untuk menjaga kesihatan kulit. Selain itu, kunyit juga akan mencerahkan tompok-tompok gelap pada wajah. Lemon bertindak sebagai agen pencerah kulit manakala susu juga melembutkan dan mencerahkan kulit.

7.    Kunyit dan Jus Tomato

Dengan nisbah 1:1, serbuk kunyit dan jus tomato dicampur bersama sehingga menjadi pes. Sapukan pes ini dan biarkan di wajah selama 15 minit sebelum dibilas dengan air sejuk. Masker ini boleh digunakan di waktu pagi atau malam sebelum tidur.

Kandungan lycopene di dalam tomato bertindak sebagai bahan antioksida yang melindungi kulit dari kerosakan akibat terdedah pada sinaran UV. Selain dapat mencerahkan kulit, tomato juga boleh melambatkan proses penuaan kulit. Bukankah kita semua inginkan kulit wajah yang muda remaja?

8.    Kunyit dan Yogurt

Serbuk kunyit bersama yogurt dapat membantu mengurangkan kulit gelap akibat terdedah dengan sinaran matahari yang berlebihan. Kesannya pada wajah bergantung kepada kekerapan menggunakannya.

Bahan semulajadi menjadikan masker ini boleh digunakan setiap hari tanpa sebarang ancaman dari bahan kimia terlarang yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

9.    Yogurt dan Lemon

Perahkan satu sudu jus lemon ke dalam 1 sudu yogurt (asli tanpa tambahan perisa). Sapu campuran ini di wajah dan biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Masker ini sesuai digunakan di waktu pagi atau malam.

Yogurt mampu mengembalikan keremajaan kulit menjadikannya kelihatan bermaya dan bercahaya. Yogurt dapat mengelakkan kulit dari kelihatan kusam dan melawan tanda-tanda penuaan seperti garis halus dan kedutan. Bahan ini juga ternyata melembapkan kulit dengan sangat baik.

10.    Susu, Jus Lemon dan Madu

Setiap bahan hanya memerlukan satu sudu sahaja. Campuran ini digunakan sebagai bahan pencuci wajah semulajadi yang turut boleh dijadikan sebagai masker dengan membiarkannya selama 20 minit.

Kombinasi enak ini mempunyai susu yang terdiri dari protein, lemak dan minerals yang dapat mengawal tona kulit wajah. Susu juga mengandungi magnesium, calcium dan protein yang mengetatkan pori wajah sekaligus menegangkan kulit.

11.   Susu dan Zafron

Di dalam satu kajian di Iran, zafron adalah antara tumbuhan herba yang mampu memberikan kulit nampak lebih bermaya dan kelihatan merah jambu secara alami. Cubalah! Selepas ini wajah anda akan jadi comel dengan tona kemerah-merahan.

Gunakan 2 hingga 3 sudu susu segar dan rendamkan beberapa urat herba zafron selama 3 hingga 4 jam. Gunakan susu ini sebagai pencuci wajah di waktu pagi dengan membiarkan selama 20 minit sebelum membilas wajah dengan air suam.

Selamat Mencuba!

Budak Sekolah Rendah Sudah Jadi Penari Kelab Malam


Huang Dou Dou, budak yang baru berusia 7 tahun akan membuat 3 kali persembahan tarian dan 4 kali seminggu sebagai penari disebuah restoran.


Pekerjaan ini terpaksa dilakukan untuk menolong orang tuanya yang cacat.


Pada usia yang sementah ini dia terpaksa memakai baju ketat dan seluar dalam untuk menari hampir setiap malam.



sumber.

5 Plugin Wajib di Guna Bagi Pengguna WordPress



Membina website dan blog pada platform wordpress mempunyai banyak kelebihan. Dengan menggunakan script wordpress.org website kita akan terlihat lebih pro dengan kemudahan yang begitu banyak.

Antara kelebihan sekiranya anda membina blog menggunakan platform WordPress di hosting sendiri adalah dengan terdapat banyak plugin yang boleh dimuat turun dan dipasang pada blog anda untuk meningkatkan fungsi blog anda. Plugin-plugin ini ada yang percuma dan ada juga yang berbayar.

Kebanyakan plugin percuma sudah mencukupi untuk menambahbaik blog anda daripada segi sekuriti, backup, seo dan prestasi blog anda.

#1 Jetpack

Jetpack antara plugin yang begitu popular dalam kalangan pemilik blog. Dengan menginstall memasang plugin Jetpack, anda boleh menambah beberapa fungsi kepada blog anda seperti memasang butang perkongsian sosial (Facebook, Twitter etc), memasukkan galeri gambar, scan Malware dan sebagainya.

Untuk memuat turun Jetpack, anda boleh ke halaman rasmi Jetpack.

Terdapat banyak fungsi percuma yang anda boleh manfaatkan daripada Jetpack. Selain itu, terdapat juga beberapa fungsi premium yang boleh digunakan sekiranya anda sanggup melaburkan sedikit wang ringgit untuk membayar.

#2 Akismet (Freemium)

Pada asasnya askimet adalah plugin anti-spam yang menyemak semua komen dan menapis komen spam.Plugin ini menyediakan sejarah status untuk setiap komen supaya anda dapat mengetahui komen yang ditemui spammy oleh Akismet atau moderator.

Moderator juga boleh melihat bilangan komen yang diluluskan untuk setiap pengguna, untuk buang komen yang mecurigakan anda hanya perlu buang di URL di dalam body komen dan alih keluar pautan yang mencurigakan.

Plugin ini percuma untuk laman web peribadi dan blog semasa anda perlu melanggan bulanan untuk kegunaan komersial. Ia adalah plugin berguna untuk melindungi keselamatan WP anda.

#3 Yoast SEO

Selain sosial media, SEO merupakan cara lain yang lebih konvensional untuk menarik trafik daripada carian pengguna ke blog anda. Untuk memastikan blog anda lebih mesra SEO, plugin Yoast SEO adalah plugin yang mesti dipasang.

Ianya membantu anda mengoptimasikan sesuatu kata kunci di setiap artikel anda agar artikel ini lebih mudah dijumpai melalui carian di Google and enjin carian lain.

Untuk memuat turun plugin Yoast SEO, anda boleh ke halaman rasmi Yoast SEO.

#4 W3 Total Cache

W3 Total Cache merupakan antara plugin popular dalam kalangan pembangun blog untuk meningkatkan prestasi blog anda agar ianya lebih ringan dan laju untuk dibuka. Ianya berfungsi dengan mengecilkan kod anda (compress) dan mengoptimasikan fungsi cache pada blog anda.

Plugin ini boleh dimuat turun secara percuma dari laman rasmi W3TC.

#5 User Registration (Freemium)

WordPress user registration adalah satu lagi ciri penting yang anda tidak mahu ketinggalan. Pada asasnya, ciri 'daftar' tersedia pada pemasangan

WordPress lalai yang boleh didayakan dari papan pemuka WP berikutan langkah yang diberikan.


sumber.

5 Fakta Yang Kita Belajar Sebenarnya Tidak Tepat

Mungkin sesetengah perkara apa yang kita percaya dan belajar adalah benar padahal hanyalah pandangan mata kasar sahaja.

Perubahan alam mungkin mempengaruhi fakta yang telah kita sedia ketahui atau mungkin ianya adalah salah faham dari kajian yang telah dibuat.

Banyak fakta di luar sana yang dilihat logik namun setiap fakta mesti ada kecacatan dan tidak semuanya tepat.

Walaupun sekarang kita menggangapnya tepat namun akan datang sedekad lagi mungkin ia hanyalah sebagai agakan semata-mata kerana akan timbul banyak lagi kajian terperinci terhadap sesuatu perkara yang bakal memberi penjelesan setepat-tepatnya.

Antara fakta yang yang perlu kita tahu adalah:

Gunung Everest adalah Gunung Tertinggi Dunia.



Gunung tertinggi sebenarnya ialah Gunung Mauna dengan ketinggian 10,200 meter berbanding Gunung Everest yang mempunyai ketinggian cuma 8,848 meter. Mauna Kea nampak rendah kerana separuh dirinya di dalam air.


Tembok China binaan manusia yang tunggal boleh dilihat daripada angkasa. 



Daripada angkasa, binaan manusia yang lain seperti lebuhraya, lapangan terbang, empangan dan struktur lain juga dapat dilihat dari angkasa.


Lidah merasa sesuatu mengikut zon rasanya sahaja. 



Manis, masam, pahit, masin dan tawar boleh dirasa di kesemua bahagian lidah. Tidak semestinya belakang lidah merasa pahit semata-mata.



Sesumpah berubah warna mengikut persekitaran.


Sesumpah berubah warna mengikut psikologi dan emosi. Ia juga berubah warna sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dengan yang lain dan berinteraksi semasa ingin berlaga.


Deria manusia ada lima.




Manusia mempunyai deria yang lebih selain untuk merasa, melihat, menghidu, mendengar dan menyentuh. Seorang manusia juga mampu mengimbangi badan dan apabila luka merasa sakit yang membuktikan manusia mempunyai deria-deria lain.


sumber : mydecrescendo